Kelebihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

Kelebihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

Pendahuluan :

  • Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri
  • menjadi pilhan pelancong – saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari China, Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat
  • industri pelancongan mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber pendapatan negara
  • banyak syarikat pelancongan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan mahupun Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia
  • terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong

Isi-isi Penting :

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati

  • kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands
  • mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun
  • pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna

disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun

  • banyak pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia
  • keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih
  • saujana mata memandang – pelancong dapat melakukan aktiviti seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda

perkembangan industry pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik

  • pulau yang menjadi tumpuan para pelancong termasuklah Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman
  • prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong
  • para pelancong dapat merasai “syurga dunia” dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia
  • kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut

kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita

  • Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini
  • gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing
  • kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga
  • Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong
  • masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei dan idali

peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia

  • Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pelbagai pertunjukan dan promosi tentang kebudayaan dan destinasi pelancongan di Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia
  • tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negaranegara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur
  • kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya
  • Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baharu seperti ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan dan pelancongan Pendidikan

Penutup :

  • terdapat banyak kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
  • sektor pelancongan merupakan sektor baharu yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara
  • industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
  • peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat amat diperlukan
  • semoga melalui keprihatinan, rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara seluruh rakyat, nama Malaysia akan gah di persada dunia

.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Karangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s